Friday - July 23, 2021 @ 23:03
BERITAEKONOMINilai dagangan 
Malaysia Januari - April 2015 RM459b

Nilai dagangan 
Malaysia Januari – April 2015 RM459b

ekonomi-malaysia

Jumlah dagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2015 dicatatkan pada RM459.02 bilion berbanding RM473.12 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebihan dagangan bernilai RM28.23 bilion.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, mengikut perangkaan perdagangan luar Malaysia, eksport dalam tempoh terbabit bernilai RM243.62 bilion manakala import berjumlah RM215.4 bi­lion.

Katanya, trend yang sama juga direkodkan pada prestasi perdagangan negara-negara lain rantau Asia.

“Prestasi eksport bagi tempoh berkenaan juga terjejas terutamanya disebabkan eksport minyak sawit dan produk berasaskan petroleum yang lebih rendah seperti produk petroleum bertapis, gas asli cecair dan petroleum mentah.

“Barangan ini, secara kolektif mencatat penurunan dalam nilai eksport sebanyak RM17.83 bilion,” kata MITI dalam kenya­taannya di sini hari ini.

Menurutnya, pertumbuhan eksport direkodkan oleh produk elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak RM3.46 bilion, mesin, peralatan dan komponen (RM1.28 bilion), barangan keluli dan besi (RM763 juta), peralatan optik dan saintifik (RM533.2 juta) serta kimia dan produk kimia (RM462.1 juta).

Jelasnya, penurunan dalam nilai eksport direkodkan ke China iaitu sebanyak RM2.81 bilion, Jepun (RM2.35 bilion), Singapura (RM2.02 bilion), Indonesia (RM1.72 bilion), dan Australia (RM1.56 bilion).

“Walau bagaimanapun, eksport berkembang ke Amerika Syarikat (AS) pada RM2.61 bilion, Vietnam (RM716 juta), Kesatuan Eropah (EU) (RM501.8 juta) dan India (RM375.1 juta),” ujarnya.

Sementara itu, eksport ke ASEAN bernilai RM17.15 bilion, turun 8.9 peratus disebabkan ter­utamanya oleh penurunan nilai eksport produk petroleum seba­nyak RM1.73 bilion.

Dalam pada itu, peningkatan eksport direkodkan bagi barangan E&E (litar bersepadu elektronik), jentera, peralatan dan komponen kimia dan bahan kimia.

“Eksport ke ASEAN menyumbang 28.4 peratus daripada jumlah eksport negara pada April 2015. Import susut 8.4 peratus kepada RM13.63 bilion,” jelasnya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here