32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Noh mahu debat diteruskan (video)

sidang-media-batal-debat-noh-omar

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu debat isu kalimah ALLAH diteruskan, malah bersedia untuk mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Kecewa dengan pembatalan debat yang sepatutnya berlangsung hari ini, Noh berkata, beliau sudah melakukan pelbagai persediaan terutama berkaitan aspek perundangan berkaitan isu berkaitan.

Noh berkata, debat itu wajar diadakan dalam tempoh terdekat kerana isu kalimah ALLAH sudah menjadi polemik yang hangat dalam kalangan masyarakat dan pada masa yang sama, pembatalan debat menyebabkan beliau dipandang negatif.

“Apa syarat yang ditetapkan, kita akan ikut. Kita lihat perkara ini membimbangkan dan akan cetus polemik dan keselamatan, saya minta penganjur dapat fikir cara terbaik supaya debat ini diteruskan, kita  akan akur (syarat ditetapkan),” katanya.

Turut hadir, Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail; Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari; Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus; Ketua Umno Kota Raja, Datuk Ir. Kamaruzzaman Johari dan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Norhayati Onn.

Debat Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Perundangan itu sepatutnya menemukan Noh dengan Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad dan dikendalikan oleh Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya  Dr Sham Rahayu Ab Aziz.


“Datuk Hussamuddin berkata debat terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Terima kasih kepada mereka yang hadir hari ini, bagi diri saya perkara ini amat mengecewakan dan kesal dengan pembatalan ini.

“Walaupun kami faham, Sinar Harian menjelaskan pembatalannya atas dasar keselamatan namun kami mahu debat diteruskan juga dalam masa terdekat ini, dengan apa cara yang mungkin sekalipun,” katanya.

Katanya, beliau berharap Sinar Harian dapat memikirkan cara terbaik supaya debat ini dapat diteruskan agar tidak timbul spekulasi mengatakan bahawa beliau yang mahu program ini dibatalkan.

“Pihak pembangkang tetap menyalahkan kita… Malah Khalid juga melalui tweeter mengatakan menyatakan kita yang menyuruh penganjur membatalkan perdebatan itu. Umno selalu jadi mangsa keadaan.

“Jadi kerana itu, hari ini kita minta apa cara pun mesti diteruskan juga debat ini. Saya berjanji kita akan hanya bercakap dari sudut perundangan kerana latar belakang saya seorang peguam,” katanya.

 

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...