25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Noh Minta Kerajaan Selangor Jangan Halang Projek Pengairan Bagi Pesawah @NohOmar @Khalid_Ibrahim #SSYBN

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan negeri Selangor agar tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di kawasan jelapang padi negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.

“Saya dimaklumkan bahawa projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani tidak dapat diteruskan oleh Kementerian Pertanian kerana permit tanah dan batuan belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan padi di Kampung Sawah Sempadan yang diserang penyakit.

Beliau berkata permit itu amat penting bagi membolehkan tanah dan batuan dari luar diangkut ke tapak kolam bagi membina ban di kawasan sekeliling seluas 80 hektar, yang boleh menyediakan 1.5 juta meter padu air.

“Projek bernilai RM26 juta itu sepatutnya siap Ogos lepas, namun kini baru 45 peratus siap sejak dimulakan tiga tahun lepas… oleh itu, projek ini disambung setahun lagi,” katanya.

Noh berkata jika projek itu siap, ia akan membantu 1,800 pesawah di Sungai Besar dan Sabak Bernam menangani kekurangan air terutama ketika musim kemarau.

Beliau berkata selain itu, projek penyenggaraan terusan pengairan Ban Canal dan Sungai Tengi, yang bernilai RM10 juta, berdepan masalah apabila jengkaut kontraktor disita kerajaan negeri.

Katanya, pihak kementerian dikompaun RM800,000 dan ia sudah dibayar bagi membolehkan projek itu diteruskan.

Noh juga berkata projek pengairan di kawasan jelapang padi itu akan diteruskan walaupun mendapat halangan dariapda kerajaan negeri dalam pelbagai bentuk.

Mengulas penyakit padi, beliau berkata tinjauan beliau hari ini mendapati hanya 20 hingga 30 peratus kawasan padi di Sawah Sempadan diserang penyakit bena perang, bintik perang, ulat batang, lecur daun dan reput tangkai.

Beliau berkata sehubungan itu, pesawah perlu rajin turun ke bendang memeriksa padi mereka sekurang-kurangnya enam kali semusim supaya penyakit berkenaan dapat dicegah lebih awal.

….

…..

Jangan campur tangan dalam projek yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian untuk kepentingan petani di Selangor.

Amaran menterinya, Datuk Seri Noh Omar itu ditujukan kepada kerajaan negeri yang dilihat cuba mengagalkan beberapa projek kementerian berkenaan.

Datuk Seri Noh sebelum itu meninjau sawah padi yang dijangkiti penyakit di Tanjung Karang.

Menurutnya, sejak tahun 2009, tiga projek berharga hampir RM36 juta untuk kemudahan petani di Selangor terganggu gara-gara campur tangan kerajaan negeri.

Ia membabitkan projek mendalamkan terusan ban di Sungai Sireh dan Sungai Tengi serta pembinaan kolam takungan di Panchang Pedena.

Alasannya, pelaksanaan projek itu tidak mengikut undang-undang dan tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri termasuk permit bagi kerja-kerja mengangkut tanah bagi pembinaan ban.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan