24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Nor Azimah Dipercayai Masih Berada Di Madinah

hilang di madinah ketika umrah

Nor Azimah Ibrahim, rakyat Malaysia yang dilapor hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Disember lepas dipercayai masih berada di negara itu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah ketika ini sedang melakukan sedaya mungkin dan bekerjasama dengan polis serta penyiasat di Madinah untuk menjejaki ibu tunggal kepada seorang anak perempuan itu.

“Di saat saya bercakap ini pihak berkuasa dan penyiasat di sana percaya Nor Azimah masih berada di Madinah.

Namun maklumat-maklumat akan datang mungkin akan mengubah hasil daripada siasatan yang diterima.

“Saya anggap setakat ini biarlah maklumat ini saya maklumkan dahulu, barangkali kalau ada maklumat-maklumat tambahan ia akan diberitahu oleh pihak berkuasa dan pihak kementerian yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Projek Surau Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, di sini Selasa.

Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Dis lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember lalu.

Pada hari kejadian wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata Malaysia menghormati pendirian Arab Saudi untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara rundingan dan kesederhanaan (wasatiyyah).

“Amalan demokrasi yang kita amalkan di peringkat antarabangsa adalah ‘non- interference’ ataupun tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara … mereka mempunyai pendirian negara mereka dan kita menghormati pendirian itu,” katanya.

Pada Isnin, Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran dan pejabat konsul negara itu di Mashhad, bandar kedua paling ramai penduduk di Iran.

Susulan serangan itu, Arab Saudi mengumumkan Ahad lepas bahawa ia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran dan meminta semua diplomat Iran meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Laporan antarabangsa menyebut penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi pada Sabtu lepas sebagai membantah tindakan negara itu melaksanakan hukuman mati terhadap 47 individu termasuk seorang ulama terkemuka Syiah, Sheikh Nimr al-Nimir atas tuduhan keganasan.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...