NORAINI ROSLAN YDP MDHS YANG BAHARU - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Noraini Roslan hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada penyandang, Mohamad Zain A. Hamid yang kini menjadi YDP Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Noraini sebelum ini berkhidmat di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan berpengalaman luas lebih 25 tahun dalam bidang perancangan pembangunan.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd. Shahar serta Ahli-ahli Majlis di Dewan MDHS, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor hari ini.

UTAMAPOLITIKNORAINI ROSLAN YDP MDHS YANG BAHARU

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium