25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Norman Hakim Terkejut Rumah Tangga Abby Abadi Goyah

Abby Abadi bersama suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Abby Abadi bersama suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

“Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

“Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya ‘awak ok?’

“Dan Abby pula balas; ‘Ok! Saya ada Allah…’ Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya,” kata Norman.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.


Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

“Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...