NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK (7 Oktober 2013) - pakdin.my

syabas-12-3

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan beberapa kawasan diWilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja yang akan dijalankan oleh kontraktor SYABAS. Berikut merupakan maklumat mengenai kerja-kerja yang akan dijalankan:-
1.       SEBAB-SEBAB GANGGUANKerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip di Rumah Pam Wangsa Maju.
2.       TARIKH/MASA KERJA DIJALANKAN 7 Oktober 2013 (Isnin), 10.00 malam hingga 6 pagi keesokan harinya, 8 Oktober 2013 (Selasa). 3.

TEMPOH PEMULIHAN BEKALAN Kerja-kerja pembaikan ini dijadualkan dapat disiapkan dalam tempoh 8 jam. Pemulihan bekalan air akan bermula dari 6 pagi, 8 Oktober 2013 secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan di Rumah Pam Wangsa Maju siap dijalankan sepenuhnya dan pemulihan sepenuhnya dijangka mengambil masa selama tiga hari.

4.       KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT:
Wilayah Gombak:
Kampung Baru Ampang; Kampung Melayu Ampang; Taman Hillview; Bukit Jobina; Taman Dato’ Ahmad Razali; Taman Bukit Indah; Taman TAR; Kampung Tasek Permai; Ukay Heights; Ampang Jaya; Dataran Ukay; Pinggiran Ukay; Sri Ukay; Beverly Heights; Ampang Indah; Ampang Saujana; Ampang Water Front; Bandar Baru Ampang; Bukit Ampang Permai; Bukit Indah; Desa Lembah Permai; Desa Setapak; Jalan Ampang; Kampung Bukit Sungai Puteh; Keramat AU1 – AU5; Kampung Ampang   Campuran; Kampung Indah Mulia; Kampung Kemensah; Kampung Lembah Jaya; Kampung Pinggir Tiga Jaya; Kampung Tengah Lembah Jaya; Lembah Jaya Utara; Lembah Jaya Selatan; Sri Rampai; Taman Ampang; Taman Dagang Permai; Taman Pandan Ria; Taman Permai Jaya; Taman Permata; Taman Saujana Ampang; Tasek Tambahan; Taman Ampang Mewah; Taman Ampang Utama; Taman Bukit Ampang; Taman Cahaya Ampang; Taman Dagang Jaya; Taman Halaman; Taman Kesuma Ampang; Taman Kosas; Taman Mulia Jaya; Taman Rasmi Jaya; Taman Sri Ampang; Taman Watan; Wangsa Melawati; Bukit Antarbangsa; Ukay Perdana; Ukay Bistari dan Kelab Ukay.Jumlah Akaun Terlibat:    62,588

Wilayah Kuala Lumpur:
Flat DBKL Dato’ Keramat; Jalan Padang Tembak; Jalan Semarak; Jalan Gurney; Kementah; PULAPOL; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Jalan U Thant; Jalan Ampang Hilir; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan; Flat Sri Melaka; Jalan Kent; Taman Putra Sulaiman dan Bandar Tasik Permaisuri.Jumlah Akaun Terlibat:    30,936

Justeru, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my;www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap maklum.
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus
BesarJabatan Komunikasi
Korporat & Hal Ehwal Awam

UTAMABERITANOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK (7...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium