25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

NURUL IZZAH BUKA RUANG KEPADA KEMUSNAHAN ISLAM-MELAYU

Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai ‘political suicide’ bagi Nuruk kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.

Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk ?Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?

Jawapan Nurul, “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.” pertama kali dimuatturun oleh portal berita Malaysiakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Malaysiakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah.


Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.

Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.

Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan ‘kesalahan’ bukannya Utusan Malaysia tetapi Malaysiakini seperti pepatah Melayu, “lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah.”

Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.

Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.

Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.


Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri!

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.

Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Pakatan Rakyat jika mereka ditakdirkan berkuasa.

Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme.

Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralis.

Di bawah Pakatan Rakyat orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Jika berkuasa, Pakatan Rakyat akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam.


Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.

Melayu akan lenyap, Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan Pakatan Rakyat berkuasa.

———

‘Islamic state: Which version? Whose responsibility?’
forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?
Date: 9 am to 12 noon, 3rd November 2012 (Saturday)
Venue: Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles, USJ, Selangor
No 5 Jalan TP4, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya

1Christians Malaysia

+++++

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan