KUCHING: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang dijadualkan mengumumkan calon pilihan raya negeri Sarawak pada Ahad malam, dilarang memasuki negeri itu.
Insiden berlaku sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang selepas pegawai imigresen negeri memberitahu beliau mengenai larangan tersebut.
“Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai di twitter.
Nurul Izzah berkunjung ke Sarawak bersama seorang pembantu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Dr Xavier Jayakumar menerusi penerbangan AK5210.
Dr Xavier mendakwa pegawai imigresen memberitahu sekatan itu daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
“Mereka (pegawai) memberitahu arahan itu datang daripada pejabat Ketua Menteri. Beliau akan menaiki penerbangan pulang pada pukul 7.10 malam,” kata Dr Xavier.
“Ketua Menteri sepatutnya berani mengadakan pilihan raya yang terbuka dan adil. Jangan sekat ahli parlimen.”
Beliau berkata, Sarawak mungkin mempunyai bilangan wakil rakyat yang dilarang masuk berbanding mana-mana negeri di negara ini.
Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata, Adenan mengambil jalan keluar dengan “cara yang sama dilakukan oleh pentadbiran lama”
“Walaupun saya bersetuju negeri mempunyai autonomi imigresen, tetapi ia tidak sepatutnya dilaksanakan sewenang-wenangnya. Jangan salah guna dengan menyekat pemimpin politik,” katanya.
Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak https://t.co/yYwlc9oteY https://t.co/dfZnTf0vl1
Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak https://t.co/740RICwZzW
Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak https://t.co/uBiUbRG2yf
Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak: KUCHING: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang… https://t.co/Z8VOzo6PjH
RT @KamaluddinIdrus: Nurul Izzah Dilarang Masuk Sarawak https://t.co/yYwlc9oteY https://t.co/dfZnTf0vl1
Sohame Yati liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Kenapa mesti dilarang sedanagkan penyeludup keluar masuk
Kuniumi Ogawa liked this on Facebook.
Saizan Che Seman liked this on Facebook.
Rusdi Ojan liked this on Facebook.
Hanny Hanifah liked this on Facebook.
INI MASALAH BERBUNUH-BUNUHAN..
MERAMPAS KEMAKMURAN DAN KEDAMAIAN..,
MCM PALASTINE…
Suki Bling Bling liked this on Facebook.
Raihana Nadira liked this on Facebook.