Nurul Izzah, mana kesetiaanmu kepada negara? - pakdin.my

jatuh-najib-nurul-izzah-justo

Pada kala negara dan rakyatnya masih lagi dalam nada meraikan semangat Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan, ada warga negara ini secara terang menunjukkan sifat khianatnya.

Mana dan apa tidaknya, masalah dalaman negara dijaja hingga ke peringkat antarabangsa malah tega mendesak supaya kerajaan asing campurtangan dalam urusan dalaman negara atau lebih tepat, maruah dan kedaulatan negara.

Tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Amerika Syarikat untuk bertemu pegawai serta ahli politik negara itu semata-mata mahu AS campurtangan bagi membebaskan bapanya yang ditahan kerana kesalahan meliwat jelas mengkhianati sistem demokrasi yang menjadi amalan Malaysia.

Malah dalam temubual dengan Reuters, Izzah juga mendakwa bahawa Polis DiRaja Malaysia tiada asas untuk menyiasat tindakan beliau yang didakwa cuba membeli data curi berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad daripada bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Izzah sebaliknya mendakwa pertuduhan laporan akhbar itu sebagai cubaan untuk mengeji dan mencela beliau bagi mengalih perhatian daripada isu kehilangan wang yang didakwanya menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan ramai.

Menurut Izzah, beliau meminta pentadbiran AS untuk mengeluarkan ‘tuntutan jelas pembebasan Anwar sebagai tahanan politik’.

“Setidak-tidaknya, beliau seharusnya diberi akses untuk pembedahan, campurtangan perubatan diperlukan dengan secepat mungkin,” katanya.

Lebih khianat, Izzah mendakwa promosi aktiviti Ketuanan Melayu sepertimana yang dipertontonkan sewaktu Himpunan Rakyat Bersatu memarakkan sikap radikal dan keganasan.

Beliau serentak itu mencadangkan AS mengkaji keberkesanan bantuan yang diberikan kepada Malaysia dalam menangani ancaman keganasan militan.

Masalahnya, Izzah barangkali ‘lupa’ bahawa Himpunan Rakyat Bersatu sebenarnya adalah manifestasi bangsa yang tidak rela maruah mereka diinjak-injak malah ianya adalah perhimpunan aman yang dibenarkan dalam mana-mana sistem pentadbiran negara demokrasi.

Masalahnya, Izzah barangkali ‘lupa’ bahawa polis mencari beliau untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan membeli data curi kerana laporan polis yang dibuat beliau sendiri.

Masalahnya, Izzah barangkali juga ‘lupa’ bahawa bapanya kini dirawat oleh satu panel dianggotai 14 konsultan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang semuanya cukup berpengalaman, sedangkan bapanya adalah banduan kesalahan jenayah liwat.

Masalahnya, Izzah barangkali lupa atau sengaja untuk lupa bahawa tindakan beliau mahukan negara kuasa asing mencampuri urusan dalaman negara adalah jelas satu pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini.

Izzah, rakyat ada mata dan hati serta boleh membezakan antara perjuangan untuk kuasa atau demi rakyat.

Tepuk dada, tanyalah selera.

UTAMAPOLITIKNurul Izzah, mana kesetiaanmu kepada negara?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium