Nurul Izzah Perlu Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia, Sabah - pakdin.my

nurul izzah-jacel kiram-pengkhianat

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)Nurul Izzah Anwar perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama di Sabah berikutan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai tidak boleh memberi sebarang alasan kerana tiada satu alasan pun boleh ‘menghalalkan’ perbuatan itu.

“Untuk Nurul Izzah bertemu dan bermesra dengan individu yang secara terbuka menyokong pencerobohan bersenjata di Sabah adalah sesuatu yang tak boleh diterima,” kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar mengenai pertemuan itu di Filipina telah dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook beliau pada 9 Nov lepas.

Abdul Rahman berkata walau apa pun alasannya untuk bertemu Jacel, yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan itu, Nurul Izzah tidak sepatutnya berjumpa dengan musuh negara yang sudah membuat deklarasi terbuka menyokong serangan bersenjata terhadap Sabah.

“Kita semua tahu Jacel Kiram secara terang-terangan menyokong pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah. Kenapa pula YB Nurul Izzah sanggup bertemu dengan Jacel Kiram? Ini satu kesilapan besar,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud berkata Nurul Izzah boleh berjumpa sesiapa sahaja yang beliau suka di Filipina kerana itu hak beliau, tetapi pertemuan dengan Jacel tidak boleh diterima.

“Bayangkan perasaan orang Sabah terutamanya perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas dalam insiden pencerobohan bersenjata itu,” katanya.

Abdul Rahman turut mengingatkan Nurul Izzah bahawa penyokong-penyokong Jacel sehingga kini masih mencari cara untuk menawan Sabah termasuk melalui pencerobohan bersenjata.

“Lagi cepat YB Nurul Izzah memohon maaf, lebih baik. Kalau tidak, jangan salahkan kerajaan negeri Sabah jika pada masa hadapan kerajaan negeri tidak membenarkan YB Nurul Izzah melawat Sabah,” katanya.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina menceroboh dan memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pertempuran tercetus pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam kenyataannya hari ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov semasa berada di Filipina bersama-sama dengan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

ops-daulat-pdrm

Ops Daulat - Pencerobohan Pengganas Kiram keatas Lahad Datu
Ops Daulat – Pencerobohan Pengganas Kiram keatas Lahad Datu
UTAMABERITANurul Izzah Perlu Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia, Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium