28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Nurul Izzah ‘Runtuhkan’ Masjid

nurul-izzahKecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong ‘meruntuhkan’ masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan