Nyawa PAS di Tangan DAP? @nikabdulaziz #ABCD-Asal Bukan Cina DAP - pakdin.my

Kenyataan Nik Aziz di Utusan Malaysia bahawa PAS memerlukan DAP, dan di Sinar Harian, bahawa DAP Tidak Pernah Mengganggu PAS, telah membuat akar umbi PAS terdiam sejenak.

Apa yang dapat ditafsirkan dari kenyataan Nik Aziz ialah, PAS seolah-olah percaya bahawa tiada cara lain lagi untuk mereka ke Putrajaya selain melalui kerjasama dengan DAP. Seolah-olah kuasa Allah SWT itu terhad dan tidak mampu membantu mereka berkuasa melalui jalan lain. Dan kuasa DAP adalah lebih besar Allah SWT untuk meletakkan PAS di Putrajaya.

Seolah-olah, tanpa DAP, PAS tiada apa-apa. Begitulah hinanya PAS di mata pemimpin mereka sendiri dan begitulah hinanya PAS dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Bagi PAS Putrajaya itu begitu penting, dan jauh lebih penting dari mempertahankan agama.

Pendek kata, benarlah kata orang bahawa PAS hidup untuk pilihanraya di mana seluruh jiwa raga dan tenaga dicurahkan untuk politik, bukan untuk Allah SWT. PAS percaya dengan momokkan sendiri bahawa jika parti itu tidak dapat ke Putrajaya maka Islam akan hilang di Malaysia. Sedangkan Islam bukannya duduk di Putrajaya mahupun di mana-mana, tetapi di hati setiap hambaNya.

Bagi yang benar-benar fanatik atau ‘totok PAS’ mereka pantas menepis kenyataan tersebut sebagai manipulasi media, lalu menutup telinga dan mata serta mengelak dari bercakap tentangnya.

Bagi segelintir lagi penyokong PAS yang agak rasional, mereka memilih untuk memendam rasa, enggan memikirkan tentangnya dengan harapan ia akan dilupakan dan berlalu begitu sahaja sehingga Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.

Namun, impak sebenar dari kenyataan itu tentunya terhadap golongan atas pagar yang sedikit cenderung kepada PAS, tetapi masih ragu-ragu dengan halatuju PAS dan PR. Mereka ini, nampaknya tidak lagi dapat menerima ‘kegilaan’ PAS dalam mengejar Putrajaya yang terserlah melalui kenyataan Nik Aziz.

Jika sebelum ini PAS sering menafikan yang mereka sanggup melakukan apa saja demi politik termasuk menggadaikan agama dan bangsa semata-mata untuk menjaga hati DAP, maka kenyataan Nik Aziz itu telah dengan sendirinya membakulsampahkan segala penafian tersebut.

Dengan mengakui betapa PAS amat memerlukan DAP, Nik Aziz sebenarnya mengesahkan betapa lemahnya PAS, sekali gus tuduhan bahawa PAS barua DAP, PAS anjing DAP, atau kuda tunggangan DAP, terbukti benar dan tepat belaka.

Dalam ertikata lain, PAS adalah parti tanpa maruah, yang meletakkan dirinya di bawah tapak kaki DAP untuk dipijak bagi melonjakkan diri mereka ke atas. Kerana tiada maruah, PAS tidak sanggup melepaskan DAP apabila DAP menghina hukum hudud dan Islam, sedangkan DAP sentiasa bersedia menerajang PAS jika terus berdegil ingin melaksanakan hudud dan Negara Islam.

Mana tidaknya jika Putrajaya, bagi PAS, adalah lebih penting dari Islam. Kemenangan PRU pula adalah lebih penting dari soal dana Yahudi yang disalurkan untuk membantu PR melalui berbagai cara, mahupun soal moral dan fahaman liberal yang dipegang oleh bakal Perdana Menteri mereka.

Jika penyokong PAS taksub kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula taksub kepada kuasa.

Dan ketaksuban telah membuatkan mereka buta sehingga tidak menyedari perkara yang jelas iaitu dalam keadaan PAS memerlukan DAP lebih dari DAP memerlukan PAS, bagaimana mereka boleh mengimpikan Islam ditegakkan jika PR memerintah, sedangkan DAP menentangnya? Bagaimana PAS boleh menentang agenda DAP sedangkan mereka cukup takut jika DAP menendang mereka keluar?

Pastilah akhirnya PAS hanya akan terus bergayut memeluk kaki DAP dan mengiakan apa saja asalkan dibenarkan berada bersama mereka di Putrajaya.

Justeru, inilah diingatkan penyokong-penyokong akar umbi PAS agar hentikanlah bermimpi yang Islam dapat ditegakkan jika PR memerintah selagi Nik Aziz merelakan diri dan parti itu menjadi kuda, barua atau anjing kepada DAP. Terimalah hakikat kelemahan PAS adalah kerana kebodohan pemimpinnya. Pemimpin itu pula berada di tempatnya kerana ketaksuban penyokongnya. Taksub kepada pemimpin yang bodoh adalah tindakan yang dua kali ganda bodohnya. Dan malang bagi orang-orang bodoh ialah mereka cenderung untuk membiarkan orang lain memperbodohkan mereka.

Kesimpulannya, benarlah bahawa Islam itu adalah agama untuk orang-orang yang bijak kerana orang-orang yang bodoh sering menyalahfaham, menyalahtafsir dan menyalahgunakannya sehingga menimbulkan kerosakan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Kerana @NajibRazak : Timbalan Presiden PAS Rela Tolak Hukum Agama Makan Babi Bersama DAP #ABCD-Asal Bukan Cina DAP

Mat Sabu pejuang SyiahNauzubillah.bila setan sudah sehidup semati dalam diri puak cacai pakatan haram jadah..babi pun sanggup dimakan demi merelakan diri mereka berjuang bersama-sama DAP… Kes ini berlaku apabila Timb Press PAS MD SABUNormah berucap dalam satu majlis makan malam bersama DAP dan Guang ENG..dalam ucapannya dia menyebut :  ”Saya lebih rela makan babi bersama Lim Guang Eng […]

Nik Aziz Patut Lempang Shahnon Ahmad @nikabdulaziz

Shahnon- Kerjasama Pas, DAP bercanggah kehendak IslamSemasa isu pemecatan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri begitu hangat diperkatakan ramai pada akhir 1990-an dulu, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad telah menukilkan novel satira kontroversi SHIT bagi membela Anwar yang didakwa menjadi mangsa ‘kezaliman’ Perdana Menteri tika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad. Rentetan dari penerbitan novel satira itu, Mursyidul Am […]

Bukti PAS Anjing DAP – @nikabdulaziz @mahfuzomar #hamPAS

pas anjing dapAcapkali apabila khalayak umum memanggil PAS sebagai anjing DAP, sepantas kilat para pemimpin PAS mencipta seribu satu alasan dan hujah itu ini termasuklah memanipulasi ayat suci Al-Quran serta sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagi menafikan dakwaan itu. Kalangan pemimpin PAS juga akan berusaha mencipta gambaran baik kepada penyokong dan khalayak kononnya hasil hubungan terlarang PAS dengan […]

Islamis Demokrat: Agama Baru Ciptaan PAS? @nikabdulaziz @DrDzul

dr zul Islamist democrats“Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat,” begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com dan dipetik oleh AIDC. Dengan menyebut ‘kami’, maka Dr. Dzul semestinya merujuk kepada PAS, iaitu parti yang diwakilinya. Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli forum “A […]

Hudud: Kit Siang ‘Terajang’ Nik Aziz – @NikAbdulAziz

nik-aziz-lim-kit-siang-dapasMursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok. Sejak itu […]

Hudud : Pendirian DAP Tetap, Konsisten

karpal hudud tempelak hadiKuala Lumpur : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pendirian DAP bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular adalah tetap dan konsisten. Sehubungan itu, kata beliau, hukum hudud tidak akan dilaksanakan jika pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ia bukan dasar pakatan itu. Ia kenyataan pertama Kit Siang berhubung isu hudud […]

Innocence of Muslims: Nik Aziz Takut Dengan DAP – @NikAbdulAziz

Nizar dan Ngeh Candle VigilRamai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims. Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar […]

Senario PAS/DAP Kuasai Parlimen

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak, JumaatPenulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud). Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut: Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen. Maka, PAS pastinya menyokong, DAP […]

SAYANGKAN DAP, PAS SANGGUP KORBANKAN PEMIMPIN ISLAM

hadi-awang-karpal-singhPerang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara. Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun […]

UTAMAPOLITIKNyawa PAS di Tangan DAP? @nikabdulaziz #ABCD-Asal Bukan Cina DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium