Obama tunda lawatan ke Malaysia: @NajibRazak - pakdin.my

najib-obama

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menunda lawatan kerjanya ke Malaysia berikutan penutupan operasi pentadbiran kerajaannya semalam.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Pembinaan Hangar Kedua Pusat Penyelenggaraan dan Baikpulih (MRO) Pesawat Airbus Serantau dan Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di pekarangan bangunan Kejuruteraan Pesawat Sepang di sini, sebentar tadi.

“Pagi tadi, saya mendapat panggilan telefon daripada Presiden Obama sendiri mengenai perkara ini. Beliau melahirkan rasa dukacitanya tidak dapat hadir ke negara ini berikutan keadaan domestik negara itu yang tidak menentu.

“Bagaimanapun, Setiausaha AS dan beberapa wakil kerajaan akan mewakili presiden ke negara ini. Namun, beliau tetap berhasrat untuk datang melawat Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

UTAMAObama tunda lawatan ke Malaysia: @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium