OnePlus 2 Smartphone Pertama menggunakan USB Port Jenis-C - pakdin.my

Teruja dengan OnePlus Two, telefon pintar yang terkini?

OnePlus-2-USB-Type-C2

Syarikat itu telah mengumumkan bahawa OnePlus 2 akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 810, dan sekarang OnePlus juga mengumumkan bahawa ia akan menjadi telefon pintar pertama menggunakan port terkini USB Jenis-C.

Pengumuman itu dibuat di media sosial, mengatakan bahawa mereka “mahu menjadi peneraju dalam sambungan kuasa”.

USB Jenis-C adalah penyambung yang sangat kecil serta memiliki lebih kelajuan data dan output kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan port USB tradisional.

OnePlus-2-USB-Type-C

Minggu lalu, OnePlus mengumumkan bahawa OnePlus 2 akan menggunakan Snapdragon pemproses 810 V2.1 yang telah dipertingkatkan didalam perkakasan dan perisian supaya ia tidak akan menjadi panas.

The OnePlus 2 dibina menjadi alat yang sangat menarik, bagaimanapun harga yang mungkin tidak berdaya saing seperti harga OnePlus One.

OnePlus juga mengumumkan kerana Snapdragon 810 adalah komponen yang lebih mahal hampir 60% lebih tinggi daripada 801, harga OnePlus 2 dijangka  melebihi harga AS $ 322 (RM1,206)

Melihat kepada spesifikasi OnePlus 2 yang menggunakan Snapdragon 810, port USB Jenis-C, adalah dijangga penggemar telefon pintar tidak akan keberatan membayar harga yang lebih.

OnePlus-2-logo

UTAMAGAYA HIDUPOnePlus 2 Smartphone Pertama menggunakan USB Port Jenis-C

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium