Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Global

All countries
231,503,127
Confirmed
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
206,471,289
Recovered
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm
All countries
4,744,657
Deaths
Updated on September 24, 2021 13:04 1:04 pm

Ong Kim Swee mampu bentuk Sabah FC setanding pasukan lain – Bung Moktar

Datuk Ong Kim Swee dilihat mampu membentuk Sabah FC  menjadi setanding dengan pasukan lain di negara ini susulan pelantikannya sebagai Ketua Jurulatih Skuad “The Rhinos”, kata Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata pelantikan Kim Swee, 50, itu juga mencerminkan langkah serius Sabah FC untuk mengangkat sukan bola sepak di Sabah ke tahap yang lebih positif.

“SAFA sebagai badan induk bola sepak di Sabah sangat mengalu-alukan usaha yang diambil kelab tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Pada 29 Ogos lepas Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto direhatkan daripada membimbing skuad “The Rhinos”, berikutan kemerosotan prestasi pasukan itu terutama dalam saingan Liga Super.

Manakala FAM mengumumkan peletakan jawatan Kim Swee sebagai pengarah teknikalnya, selepas mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Okt.

Kenyataan itu juga memaklumkan Kim Swee telah mengadakan perjumpaan dengan Bung Moktar di Kuala Lumpur hari ini susulan penerimaan tugas baharunya dengan Sabah FC.

Bung Moktar berkata sebagai badan induk bola sepak di Sabah, SAFA bertanggungjawab memantau prestasi Sabah FC agar ia tidak tersasar dari matlamat untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini.

“Peminat bola sepak mengharapkan Sabah FC sentiasa  menunjukkan pencapaian yang baik dan pada masa yang sama, SAFA juga sejak dari awal penubuhan kelab profesional ini mahu ia terus cemerlang dalam sukan ini,” katanya.

Presiden SAFA itu yakin bahawa Sabah FC mampu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Sabah seperti yang pernah dikecapi sebelum ini.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Berkaitan