30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Operasi Cari Budak Hilang Dipercayai Diserang Buaya Dilancar

hilang-serangan-buaya-spaoh-sarawak

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dilaporkan hilang di Spaoh, kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh seorang penduduk kampung, Fakhrul Dahari dipercayai menjadi mangsa serangan buaya di sungai di Kampung Bungin.

“Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang. Mangsa diheret masuk ke dalam air,” kata Mohd Rizuan Shah Othman dalam laporannya.

Kampung itu terletak lebih 270 kilometer dari Kuching. Bandar terdekat ialah Betong, kira-kira 40 minit dengan menaiki kereta.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menggerakkan trak dan bot laju dari Betong ke tempat kejadian. Penduduk kampung turut melakukan pencarian menggunakan bot nelayan.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak itu kini tersebar di media sosial.

Terdapat gesaan supaya menghapuskan buaya dan ia pernah digesa sejak bertahun-tahun.

Julai lalu, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Sapuan Ahmad memberitahu akhbar harian tempatan berkata, pembunuhan buaya itu dibenarkan tetapi hanya secara jelas memberi ancaman.

“Ia dibenarkan dan lesen diperlukan. Pemohon perlu menentukan kedudukan untuk pembunuhan itu. Saiz turut diambil kira. Ia perlu berukuran 12 kaki dan ke atas,” katanya.

Berita Berkaitan

Bomba ‘selamatkan’ lelaki cuba pecah masuk bangunan

SEORANG lelaki yang disangka mahu membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan, rupa-rupanya adalah pencuri. Sangkaan...

DAP Sarawak Sokong Shafie Sebagai Perdana Menteri

DAP Sarawak menyokong penamaan presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan...

Pesuruhjaya Polis Sarawak positif COVID-19

Aidi kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak Isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan...

Covid-19: Kisah sebenar Kes 1580 Kluster Itali ragut 5 kematian dan 37 dijangkiti

Berpunca daripada seorang kakitangan bank yang mementingkan diri sendiri tidak melakukan kuarantin diri...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...