Operasi Daulat Ditamatkan Beberapa Hari Lagi – @NajibRazak - pakdin.my

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pangkalan Polis Marin
LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menurunkan tandatangan sebagai simbolik pelancaran Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pangkalan Polis Marin

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bahawa Operasi Daulat yang diwujudkan sejak 5 Mac lepas bagi menangani insiden pencerobohan pengganas dari Filipina di pantai timur Sabah akan berakhir beberapa hari lagi.

Katanya operasi kepolisan dan ketenteraan bagi menghapuskan pengganas itu akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita dapat bersama di majlis yang begitu bersejarah dan bermakna di Felda Sahabat ini, sebuah kawasan yang menjadi perhatian seluruh negara dalam masa beberapa minggu. Pada mulanya, cadangan saya datang untuk isytiharkan supaya ataupun bahawa Operasi Daulat sudah berakhir.

“Sebaliknya, kalau saya berbuat demikian ia mungkin memberi gambaran yang kurang tepat. Hakikat sebenarnya Operasi Daulat akan berakhir tetapi segala tindakan polis dan ketenteraan yang perlu diambil, yang perlu dilakukan, sehingga setiap orang sama ada pengganas atau pun tali barut mereka dapat dihapuskan sama sekali.

“Tindakan-tindakan selanjutnya akan dilakukan selepas ini di bawah pemerintahan ESSCOM yang mengambil alih semua operasi bersepadu di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya

UTAMABERITAOperasi Daulat Ditamatkan Beberapa Hari Lagi - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium