Operasi Mencari Lima Orang Termasuk Empat Kanak-kanak Di Gunung Inas - pakdin.my

kanak2-hilang-gunung-inas

BALING — Operasi mencari dan menyelamat empat kanak-kanak dan seorang lelaki yang dipercayai sesat di Gunung Inas, Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini sejak petang semalam dilancarkan pagi Rabu, setelah usaha penduduk kampung menjejaki mereka malam tadi tidak berhasil.

Operasi yang digerakkan pasukan polis itu disertai 73 orang anggota Rela, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dibantu sekumpulan penduduk bermula pukul 11 pagi.

Kanak-kanak itu dipercayai mengikuti seorang penduduk Kampung Buluh bersebelahan Kampung Bukit Rawa, memasuki hutan simpan Gunung Inas pukul 2 petang semalam untuk melihat beruk di kawasan hutan itu.

Turut membantu gerakan mencari ialah anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kanak-kanak tersebut ialah Mohd Hafiz Rizuan, 14; Aina Nadia binti Md Dahari, 13; Ahmad Mohamad Md Dahari, 11; dan Rohaizat bin Jamaluddin, 10 tahun.

Menurut Md Dahari Jahaya, 57, dia dan keluarganya menyedari anaknya Aina Nadia dan Ahmad Mohamad tidak pulang ke rumah walaupun sudah pukul 7 petang lalu mencari mereka di kawasan berdekatan.

Katanya setelah penat mencari mereka akhirnya membuat laporan di Balai Polis Malau dan mendapat tahu dua lagi kanak-kanak memasuki hutan berdekatan bersama seorang lelaki untuk melihat beruk.

Operasi itu bagaimanapun dihentikan sementara petang ini kerana hujan yang menyukarkan usaha mencari, kata seorang anggota mencari dan menyelamat kepada Bernama.

Seorang lagi bapa kanak-kanak itu, Rizuan Md Bin, 38, berkata mereka sepakat dengan penduduk kampung mencari sehingga lewat malam tadi namun tidak berhasil.

Abdul Azeez berkata Pejabat Parlimen Baling akan menempatkan sebuah ambulans dan jururawat terlatih bagi memberi rawatan kepada mangsa apabila ditemui.

Sementara itu polis daerah Baling mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan kanak-kanak itu.

UTAMABERITAOperasi Mencari Lima Orang Termasuk Empat Kanak-kanak Di Gunung Inas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium