Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Malaysia
22,743
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm

Global

All countries
228,173,410
Confirmed
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
All countries
203,108,633
Recovered
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm
All countries
4,689,569
Deaths
Updated on September 17, 2021 19:53 7:53 pm

[Video] Operasi musnah kebun durian haram: 18 individu ditahan buat provokasi melampau

RAUB: Seramai 18 individu yang disyaki pekebun durian haram ditahan kerana telah memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran dan membuat provokasi melampau kepada anggota Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) semalam.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

“Kesemua 18 orang ini telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat selanjutnya mengikut Akta Perhutanan Negara.

“Sepanjang operasi ini dijalankan, pihak jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun haram. Antara tindakan yang mereka lakukan ialah dengan membuat halangan kepada kenderaan jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini, serta menghalang anggota dari menjalankan tugas. Oleh itu beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan susulan.

“Pegawai Penyiasat Jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun haram ini dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata operasi ini bertujuan untuk memusnahkan kebun-kebun durian haram yang diusahakan di dalam kawasan hutan simpan kekal berkenaan.

“Operasi yang diadakan ini ialah tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang telah ditanam secara haram oleh pekebun-pekebun ini.

“Disamping itu juga, anggota operasi akan membuat tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki ke dalam kawasan HSK tanpa kebenaran, dan akan menyita apa-apa jua barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan HSK.

“Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri telah menjalankan Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub.

“Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri telah menjalankan Operasi Memusnahkan Kebun Haram Durian yang telah diusahakan oleh Pekebun di sekitar Daerah Raub.

“Operasi ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah tertumpu disekitar kawasan HSK Batu Talam dengan anggaran keluasan 250 ekar,” katanya. -PAHANGMEDIA

Berkaitan