Operator kilang dituduh hina polis guna Facebook #pakdin.my

hina-polis-facebook

JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengaibkan dan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tertuduh, G Vinoth, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan bagi tertuduh melantik peguam.

Mengikut pertuduhan, Vinoth didakwa memuat naik kenyataan bersifat jelik dan berunsur penghinaan dalam laman Facebook miliknya yang menggunakan nama Luke Vinoth.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 24 Oktober lalu, kira-kira jam 9.48 malam.

Berkaitan