Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Global

All countries
228,952,408
Confirmed
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
203,830,768
Recovered
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am
All countries
4,700,282
Deaths
Updated on September 19, 2021 06:55 6:55 am

Oppo Reno 6 Pro dengan Snapdragon 870 & RAM 12GB akan tiba ke Malaysia

Mungkin dua model tidak mencukupi buat Oppo Reno 6, kerana satu lagi model yang lebih berkuasa akan tiba ke Malaysia. Oppo Malaysia kini memaklumkan bahawa Oppo Reno 6 Pro dengan prestasi lebih tinggi akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dalam muat naik di media sosial, telefon pintar Oppo Reno 6 Pro akan datang dalam dua skema warna iaitu biru dan kelabu. Malah, ia adalah peranti kelas flagship apabila dikuasakan cip Snapdragon 870, RAM sebesar 12GB dan storan dalaman 256GB.

Setakat ini, tiada maklumat lain dikongsikan berkenaan Oppo Reno 6 Pro yang akan tiba ini. Untuk perbandingan, Oppo Reno 6 dan Oppo Reno 6Z telah dilancarkan di Malaysia dan dijual pada harga berikut:

  • Oppo Reno 6 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,399
  • Oppo Reno 6Z (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,699

Kedua-dua Oppo Reno 6 dan Reno 6Z menyokong rangkaian 5G tetapi dikuasakan cip yang berbeza. Bagi Oppo Reno 6, ia dilengkapi cip Mediatek Dimensity 900 manakala Reno 6Z menggunakan cip Mediatek Dimensity 800U.

Memandangkan Reno 6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 870 dengan RAM dan storan lebih besar, kami jangkakan harganya akan melebihi RM2,500.

Adakah model yang sama dengan China atau India?

Dari berita antarabangsa, Oppo Reno 6 Pro telah dilancarkan di China dan India tetapi ia menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200. Jika dikaji lebih mendalam, Snapdragon 870 digunakan di model Oppo Reno 6 Pro+ yang telah dilancarkan di China.

Jika ia adalah model yang sama, bermakna Reno 6 Pro di Malaysia akan memiliki skrin AMOLED sebear 6.55-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. RAM daripada jenis LPDDR4x dan storan dalaman UFS 3.1.

Di belakang, ia memiliki 4 kamera iaitu kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony IMX766 bersaiz 1/1.56-inci, kamera ultra lebar 16MP, kamera telefoto 13MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Tenaga akan disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 65W melalui port USB-C. Di China, Reno 6 Pro+ dengan RAM 12GB dan storan 256GB dijual pada harga CNY 4,499 (~RM2,941).

Berkaitan