Oppo Smart Lens, Lensa Kamera Telefon Pintar dengan Zoom 10x

Kongsi

Oppo-Smart-Lens

Bagi anda yang meminati Kamera berbentuk lensa Sony QX100 dan QX10 tetapi merasakan ia terlalu mahal, Oppo ada penyelesaian untuk anda. Oppo, pembuat telefon pintar dari China baru-baru ini telah membangunkan “Smart Lens” mereka sendiri yang menggunakan sambungan NFC atau WiFi kepada telefon pintar dengan ciri zoom 10x.

Oppo-Smart-Lens-3

Gambar Oppo Smart Lens telah dimuat naik ke akaun Weibo baru-baru ini, salah satu daripadanya menunjukkan kamera dipasang pada telefon pintar terbaru Oppo Find 7. Oppo Smart Lens kelihatan hampir sama dengan kamera QX daripada Sony (ia kelihatan sebesar QX100 bukannya QX10 yang juga dilengkapi dengan zoom 10x), memaparkan pelekap telefon pintar yang sama, butang kuasa pada kanta, butang pengatup ‘shutter’, dan kawalan untuk zoom, membayangkan bahawa ianya boleh beroperasi secara bebas sebagai kamera berbentuk lensa. Gambar ini menunjukkan bahawa kanta dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi, NFC dan dilengkapi dengan kanta zoom optik 10x.

Oppo-Smart-Lens-2

Ianya sesuatu yang amat dialu-alukan untuk pengeluar yang lain mengeluarkan lensa kamera boleh dipisahkan. Sony telah melakukan yang terbaik dengan kamera QX100 dan QX10 mereka, Kodak PixPro Smart Lens pula lebih murah daripada apa yang ditawarkan oleh Sony dan adalah diharapkan lensa Oppo akan dijual pada harga yang lebih berpatutan.


Kongsi

One Reply to “Oppo Smart Lens, Lensa Kamera Telefon Pintar dengan Zoom 10x”