[VIDEO] ORANG ASLI HILANG 5 HARI DI GUNUNG SEMANGKUK, BUKIT FRASERS DITEMUI MATI

KUALA KUBU BHARU: Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas keluar memetik petai di kawasan hutan Gunung Semangkuk, Bukit Fraser di sini, ditemui mati di kawasan cerun berhampiran serumpun buluh, malam tadi.

Selepas hampir lima hari pencarian dijalankan oleh pihak bomba, mayat Alan Loh, 63, ditemui sendiri oleh anak lelakinya yang melakukan pencarian bersama seorang rakannya, kira-kira jam 6.30 petang, Isnin dalam keadaan sudah reput dan berulat.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui lebih kurang satu kilometer dari jalan utama Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser, tidak jauh dari tempat motosikalnya ditinggalkan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata penemuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bersama anggota pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkumpul di lokasi pada jam 9 malam tadi.

“Seramai 35 orang terdiri daripada 16 anggota bomba diketuai Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Kamil Hamadan dan masing-masing sembilan anggota polis dan APM serta 15 penduduk Orang Asli mula masuk ke kawasan pencarian pada jam 9.45 malam.

“Kira-kira jam 10 malam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian terbaring di tepi cerun dalam keadaan sudah reput dan berulat, dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Katanya, operasi membawa keluar mayat Alan mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Anggota bomba membawa keluar mayat Alan Aloh dari Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, malam tadi. 

Anggota bomba membawa keluar mayat Alan Aloh dari Gunung Semangkuk, Bukit Fraser, malam tadi.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

JENIS INSIDEN: K/KHAS MENCARI ORANG HILANG

ALAMAT: GUNUNG SEMANGKUK, BUKIT FRASSER, HULU SELANGOR.

BALAI TERLIBAT: BBP KUALA KUBU BHARU

KOMANDER OPERASI: PPgB KAMIL BIN HAMADAN

JUMLAH ANGGOTA: PPgB- 1, PBK II- 1, PB – 14

MANGSA : ALAN BIN ALOH( 63 TAHUN ) TELAH DIJUMPAI.

TINDAKAN OPERASI
PASUKAN PENYELAMAT DIANGGOTAI SERAMAI 37 ORG TELAH TURUN KE LOKASI MAYAT MANGSA. DIDAPATI MANGSA TELAH MENINGGAL DAN LOKASI MANGSA DITEMUI DI KAWASAN POKOK BULUH YANG BERADA BERHAMPIRAN PONDOK MANGSA.

2100 – SEMUA AGENSI BERKUMPUL DIBERI TAKLIMAT PERGERAKAN OPERASI

2145 – PASUKAN MENYELAMAT MULA MASUK KE LOKASI MANGSA DITEMUI

2200 – PASUKAN PENYELAMAT SAMPAI KE LOKASI MANGSA BERHAMPIRAN POKOK BULUH DAN MAKLUMAN PENYELIA PASUKAN KEADAAN MANGSA DIPERCAYAI TELAH MATI SEJAK HARI PERTAMA.

2211 – KERJA KERJA MEMBAWA MAYAT MANGSA KEATAS DIJALANKAN

2226- PASUKAN PENYELAMAT SAMPAI KE PKB DENGAN SELAMAT.

2230 – MANGSA TELAH DISERAHKAN PADA PIHAK POLIS UTK TINDAKAN LANJUT.

2245 – PKB TELAH DITUTUP DAN OPERASI ORANG HILANG TELAH DITUTUP.

KEKUATAN ANGGOTA SAR:
1) BOMBA – 16
2) POLIS – 9
4) APM – 9
6)JAKOA(ORANG ASLI) – 17
JUMLAH – 51

SEKIAN,TERIMA KASIH.

Comments (No)

Leave a Reply