25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Orang muda beli kereta pertama mungkin dikecualikan cukai eksais

Generasi muda yang pertama kali membeli kereta mungkin diberikan pengecualian cukai eksais menerusi pengumuman Bajet 2017 pada 21 Oktober ini, lapor Sin Chew Daily.

Jika langkah itu dilaksanakan, ia bermakna anak muda boleh berjimat sehingga RM2,000 ketika membeli kereta pertama mereka.

Bagaimanapun, akhbar itu difahamkan, pengecualian terbabit hanya terhad kepada model kereta tertentu yang disenaraikan Jabatan Kastam, meliputi kereta nasional dan jenama kereta import.

Sumber yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu percaya, pengecualian itu membabitkan kereta yang mempunyai cc kecil dan mampu dibeli anak muda. Ia juga mungkin kereta yang sama jenis dengan kereta nasional Proton.

Menurut sumber itu, langkah berkenaan dipercayai hanya memanfaatkan kereta nasional dan pemasangan tempatan (CKD), bukannya kereta yang diimport sepenuhnya (CBU).

Ketika ini, kereta nasional, import mahupun CKD akan dikenakan cukai eksais, perbezaannya ialah cukai untuk kereta nasional lebih rendah, contohnya Myvi dikenakan RM400.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebooknya menyeru rakyat memilih kategori yang perlu difokuskan kerajaan pada Bajet 2017 yang akan dibentangkan dalam tempoh 2 minggu lagi.

Lima kategori itu ialah perumahan dan kehidupan bandar, pembangunan ekonomi, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan serta kos sara hidup.

 20161007-skim-kereta-pertama

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan