Orang Ramai Berhak Kritik Keputusan Darurat - pakdin.my

Pandangan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman bahawa tindakan mempersoalkan motif proklamasi darurat merupakan perbuatan khianat dan derhaka serta harus dihukum adalah tidak wajar.

Sungguhpun proklamasi darurat tersebut mendapat perkenan YDP Agong, namun ia merupakan keputusan atas nasihat dan pandangan eksekutif.

Adalah hak rakyat terutama pemimpin politik untuk bersuara dan menyatakan pandangan mengenai keputusan darurat dan ia tidak seharusnya dianggap menderhaka kepada YDP Agong.

Seseorang hanya boleh dianggap menderhaka sekiranya melanggar atau ingkar perintah darurat. Setakat ini tiada pihak yang ingkar perintah tersebut.

Apa yang berlaku ialah perbahasan sama ada wajar atau tidak perintah tersebut dilakukan. Oleh kerana pemerintahan negara ini bercorak Raja Berpelembagaan maka keputusan-keputusan DYMM Tuanku Seri Paduka Baginda YDP Agong terbuka kepada perbincangan dan perbahasan.

Pihak kerajaan tidak sepatutnya berselindung di sebalik perkenan YDP Agong untuk mempertahankan keputusan tersebut.

Jalan yang lebih baik ialah berterusan memberi penerangan mengapa keputusan tersebut dibuat.

Ia mungkin tidak boleh menarik sokongan orang politik yang berkepentingan, namun ia boleh memenangi hati rakyat.

Jika kerajaan gagal meyakinkan rakyat maka ia adalah risiko menjadi kerajaan.

Jangan berselindung di sebalik nama YDP Agong untuk mempertahankan keputusan kerajaan.

UTAMAPOLITIKOrang Ramai Berhak Kritik Keputusan Darurat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium