31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Orang Ramai Diminta Henti Sebar Kempen #Selamatkan Zulkifli

Zulklifi tikam perompak

Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) meminta orang ramai menghentikan penyebaran kempen #SelamatkanZulkifli yang menjadi viral di laman sosial ketika ini.

Presiden PBPM, Dr Hassan Yusoff berkata kempen itu kononnya dilakukan untuk memberi sokongan terhadap Zulkifli Ismail, 50, yang didakwa atas tuduhan membunuh perompak yang cuba memasuki rumahnya.

“Kita tidak mahu viral ini terus tersebar kerana ia akan menyukarkan siasatan polis selain boleh mengganggu psikologi keluarga pihak terlibat.

“Orang ramai sepatutnya memberi peluang kepada polis menjalankan siasatan dan seterusnya kepada mahkamah untuk memutuskannya,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Dalam kejadian pada 7 Dis lepas, Zulkifli dilaporkan menikam dua perompak yang memasuki rumahnya di Kampung Labohan Kertih, Terengganu dan seorang daripadanya meninggal dunia.

Dia kemudian ditahan reman dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana melakukan kecederaan, di Mahkamah Majistet di Terengganu, bulan lepas.

Dr Hassan berkata sebagai bekas pegawai polis beliau berpendapat tindakan menahan Zulkifli tidak menyalahi undang-undang kerana polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes itu.

“Saya sokong tindakan polis kerana mereka tahu apa yang berlaku di tempat kejadian,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...