Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Global

All countries
231,526,064
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
206,496,795
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
4,745,040
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Orang Ramai Dinasihat Tidak Guna Ubat Tradisional Jenama Skyline Al Taqwa

attaqwa-skyline1

Orang ramai dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional dari Arab Saudi dengan nama Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut dan Skyline Al Taqwa Gaut Asam Urat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian yang dilakukan Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati kedua-dua produk itu mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“BPFK telah menerima sebanyak empat laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambil produk yang mengandungi steroid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius dan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau farmasi dengan preskripsi doktor.

Beliau berkata dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan penggunaan dexamethasone berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

“Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers psikiatri seperti euforia, depresi dan psikosis juga didokumenkan untuk dexamethasone,” katanya.

Dr Noor Hisham menasihati orang ramai yang sedang menggunakan produk Skyline Al Taqwa agar segera mendapatkan rawatan profesional kesihatan.

Bagi pengguna yang telah mengambil produk tersebut untuk jangka masa lama, beliau menasihati mereka supaya tidak menghentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ia boleh menyebabkan masalah sindrom sarak steroid yang serius seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang membahayakan kesihatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai produk itu dinasihati supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my .

Orang ramai juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

Berkaitan