Osman berkata, beliau pernah mengalaminya apabila Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukannya meletakkan jawatan walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff yang ‘diundurkan’ daripada jawatannya pada tahun 1996 meminta Datuk Seri Mukhriz Mahathir akur dengan keputusan parti mahu menggantikannya dengan pemimpin lain.
Beliau yang digantikan dengan Tan Sri Sanusi Junid oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad juga minta pihak yang terbabit tidak mengaitkan krisis UMNO Kedah sekarang dengan pihak istana.
Menteri Besar Kedah keenam itu menyarankan semua yang terbabit akur dengan pendirian parti yang sudah membuat keputusan berhubung kedudukan Mukhriz.
Osman berkata, beliau pernah mengalaminya apabila Dr Mahathir selaku Presiden UMNO ketika itu mahukannya meletakkan jawatan walaupun dipertahankan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah.
Katanya, ketika itu pihak istana tidak pernah campur tangan dan terus berkecuali sehingga isu selesai dengan pengundurannya atas dasar mengikut arahan ketua.
“Di pihak mana sekali pun, jangan guna nama istana kerana setahu saya istana tidak pernah masuk campur dalam urusan politik seperti ini. Sultan Kedah (Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah) tidak pernah ikut campur hal politik, baginda berkecuali,” katanya.
Beliau juga berkata, Kedah berdepan masalah jika Mukhriz terus kekal Menteri Besar tanpa mendapat sokongan dan dokongan parti.
Justeru, beliau minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak segera membuat keputusan bagi menjernihkan kembali keadaan dengan tidak membiarkan kemelut politik negeri berpanjangan.
“Parti di peringkat negeri sudah membuat pendirian hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka. Perdana Menteri tidak boleh bertangguh lagi kerana keadaan boleh jadi lebih buruk jika perkara ini dibiarkan berpanjangan. Najib perlu buat keputusan segera.
“Apa yang jelas di sini, jika Menteri Besar kekal tanpa sokongan parti yang mendokongnya, maka pentadbiran negeri Kedah akan berada dalam masalah. Jika bermasalah bagaimana pentadbiran akan berjalan dengan lancar,” katanya.
Sementara itu, beliau membidas dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika Mukhriz disingkirkan kerana berpendapat keputusan PRU berdasarkan gerak kerja parti untuk mendekati rakyat.
“Untuk kata muktamad BN akan kalah pada pilihan raya, …itu tidak adil. Kita tidak boleh kata kemenangan itu disebabkan seseorang semata-mata kerana seluruh jentera buat kerja untuk mendapatkan undi rakyat.
“Apa yang penting dalam apa jua keadaan selepas ini, BN perlu kembali mendekati rakyat dan berusaha memenangi hati rakyat bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.
Osman Aroff minta Mukhriz akur – Beliau juga pernah alami nasib serupa atas kehendak Mahathir https://t.co/rvNJGgrEZL
Osman Aroff minta Mukhriz akur – Beliau juga pernah alami nasib serupa atas kehendak Mahathir https://t.co/wRUfADmH60
Muhammad Shafie Mohd Yusop liked this on Facebook.
Mohammad Hamid liked this on Facebook.
Saizan Che Seman liked this on Facebook.
Hoxy Real liked this on Facebook.
Shema Nora liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Osman Aroff minta Mukhriz akur – Beliau juga pernah alami nasib serupa atas kehendak Mahathir: Osman berkata, … https://t.co/BQSFiqu36u
Arith Ali liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Mohd Fadzil liked this on Facebook.
Kita menggelakkan perbuatan Mahatbir kepada Osman Aroff. Di pecat walaupun mendapat sokongan 22 ADUN.
Menggelakkan Madey lah gu kan.
Dah sah ke MM dilucutkan ?
Kepala butuh ko tu Osman Arof…yg ko pandai2 suruh akur,ko tu sape?Ko Tuhan ke?Ank ko pun tak boleh nak jaga…..porahhhhh taik anjing
Syaiful Rizal liked this on Facebook.
Ahmad Nawawi M Zin liked this on Facebook.
Acik Ana liked this on Facebook.
Suhaimi Abdul Wahab liked this on Facebook.
Hambali Mukhlas liked this on Facebook.
Ib Hussin liked this on Facebook.
Baba Danish liked this on Facebook.
Zahid Perdana Perdana liked this on Facebook.
Ab Jalil Backer liked this on Facebook.
Nasir Panji Hasan liked this on Facebook.
Mohd Ibrahim Mohtar liked this on Facebook.
Kak Ina liked this on Facebook.
Rosnizana Mohd Soud liked this on Facebook.
Amar D John liked this on Facebook.
Nor Azian Hashim liked this on Facebook.
ShahRizal Yahaya liked this on Facebook.