PABM 2015: Syarat penyertaan diperketat

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

SEBAHAGIAN peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2015 di Bangi, Selangor, semalam.
SEBAHAGIAN peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2015 di Bangi, Selangor, semalam.

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2015 menetapkan syarat penyertaan yang ketat bagi memastikan hanya peserta yang berkualiti dan benar-benar layak berentap dalam pertandingan tersebut.

Penyelaras Teknikal dan Penjurian PABM 2015, Dr. Mazlena Mohamad Hussain berkata, semua peserta perlu melalui dua sesi sa- ringan bagi menguji kefahaman mereka seperti membaca dan menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi serta sesi temubual untuk memastikan kelancaran mereka bertutur dalam bahasa Melayu.

Katanya, hanya peserta yang memperoleh markah sekurang-kurangnya 70 peratus sahaja layak menyertai peringkat saringan yang bermula hari ini.

“Sesi saringan bukan sahaja mengenal pasti kebolehan peserta berpidato malah menguji kefahaman mereka menerusi petikan. Dari situlah kami dapat menilai sejauh mana penguasaan mereka dalam bahasa Melayu dan bukan sekadar menghafal teks.

“Sesi saringan ketat juga mendorong negara peserta menyediakan wakil yang berkualiti. Malah, negara seperti Australia dan Rusia turut mengadakan mini PABM di negara mereka sebelum datang ke sini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PABM 2015 yang membuka tirai hari ini hingga 8 Ogos disertai 71 peserta dari serata dunia dengan tiga kategori dipertandingkan seperti kategori Alam Melayu, Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Pertandingan akhir PABM 2015 akan dilangsungkan Sabtu ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Mazlena, jumlah penyertaan tahun ini berkurangan berbanding tahun sebelumnya kerana syarat ketat yang diperkenalkan penganjur.

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, bilangan peserta yang layak bertanding di peringkat saringan berkurangan kepada 71 peserta berbanding tahun lalu, 82 orang.

Susulan daripada itu, katanya, PABM 2015 tidak meletakkan had bilangan peserta bagi setiap negara untuk kategori antarabangsa dan PAM.

“Berbanding penganjuran terdahulu, kami mengehadkan penyertaan kepada seorang peserta bagi setiap negara kecuali bagi kategori Alam Melayu, yang dihadkan kepada dua peserta.

“Oleh kerana kami menekankan berkebolehan berbahasa Melayu dengan baik, tiada syarat kuota negara ditetapkan dan mana-mana negara bebas menghantar sebanyak mana penyertaan,” ujarnya.

BACA juga:

Leave a Reply