Video: PAC Puas Hati Dengan Penjelasan Arul Kanda - pakdin.my

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tampil memberi keterangan buat kali pertama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Bangunan Parlimen.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy tampil memberi keterangan buat kali pertama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Bangunan Parlimen.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukakan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat tersebut, hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi, berjalan lancar dan berhenti berehat sehingga pukul 2.30 petang untuk sesi seterusnya

“PAC akan dengar lagi (penjelasan dari Arul Kanda) pada petang ini. Selepas itu, saya akan buat satu kenyataan akhbar.

“Jika belum habis, kita (PAC) akan teruskan. Yang penting, kita ingin maklumat yang tepat supaya laporan itu adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding antara PAC dan Arul Kanda di Bangunan Parlimen hari ini.

Prosiding ini merupakan pertemuan pertama Arul Kanda dengan PAC selepas beliau gagal menghadirkan diri di hadapan jawatankuasa itu sebanyak dua kali sebelum ini.

Arul yang kelihatan tenang, keluar dari bilik prosiding dengan senyuman terukir pada wajahnya, sebelum beredar meninggalkan Bangunan Parlimen.

Beliau juga mengelak soalan yang diajukan oleh para wartawan.

Semalam, PAC memanggil bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif 1MBD Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku pada 2009 semasa di bawah pengurusannya.

Hasan dilapor berkata Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijangka dibentangkan kepada PAC pada 17 Dis ini.

Beliau berkata PAC juga akan memanggil Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan kepada PAC selepas mendengar Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Oleh itu, katanya, PAC dijangka menyiapkan laporan lengkap 1MDB pada Mac 2016.

Arul Kanda pagi ini tampil memberi keterangan buat kali pertamanya kepada PAC.

Arul Kanda dilihat tiba di bangunan Parlimen kira-kira pukul 10.30 pagi dan prosiding terus bermula pukul 11 pagi di hadapan Hasan dan anggota jawatankuasa PAC.

“Ya, kami sudah bersedia untuk prosiding,” kata Arul Kanda ringkas sambil tersenyum di dalam bilik sidang media sebelum prosiding bermula.


 

UTAMAEDITORIAL1MDBVideo: PAC Puas Hati Dengan Penjelasan Arul Kanda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium