PADAH BERSELFIE: TIGA REMAJA BAWAH UMUR DITAHAN CEROBOH TANGKI SIMPANAN AIR BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR - pakdin.my

Tiga orang remaja bawah umur yang asyik berselfie dengan menceroboh Tangki Simpanan Air, Bukit Sentosa telah ditahan pihak Polis.

Kejadian yang berlaku pada 5/01/2017 jam 1855 hrs dimana penduduk yang lalu lalang telah melihat remaja ini berada diatas tangki air tersebut telah menghubungi pihak Polis.

Tiga remaja lelaki lingkungan umur 16-18 tahun yang tinggal kawasan Bukit Sentosa Hulu Selangor telah ditangkap dan direman beberapa hari itu tujuan siasatan sebelum diberi jamin Polis.

Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

Sehubungan dengan itu pihak Polis menasihat remaja supaya tidak membuat aksi lagak untuk popular hingga membahayakan diri. Ibubapa dinasihat memantau kelakuan anak masing-masing.

20170109-ditabgkap-selfie-tangki-air-bukit-sentosa

UTAMABERITAPADAH BERSELFIE: TIGA REMAJA BAWAH UMUR DITAHAN CEROBOH TANGKI SIMPANAN AIR BUKIT...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium