Padah buat bising ganggu jiran - pakdin.my

KESERONOKAN sembilan warga asing mengadakan parti liar berakhir apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pontian Jaya, Pontian, awal pagi hari ini.

Dalam serbuan pada 12.15 tengah malam itu, seramai tiga lelaki warga China dan enam wanita warga Vietnam didapati sedang berhibur sambil membuat bising.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Azri Noraini berkata, berdasarkan maklumat awam, pihak polis melakukan pemeriksaan di rumah terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sembilan individu terdiri tiga lelaki warga China dan enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30 tahun.

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai menyewa rumah yang dijadikan sebagai inap desa untuk mengadakan parti liar sejak beberapa hari lalu.

“Penduduk yang mengesyaki ada aktiviti tidak bermoral di rumah itu kemudian membuat laporan polis kerana warga asing itu membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.

“Saringan ujian air kencing juga mendapati empat daripada enam wanita warga Vietnam didapati positif dadah jenis ketamin dan methampethamine,” katanya.

Menurutnya, mereka juga didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, semua suspek direman bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan juga dibuat Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya.

UTAMABERITAPadah buat bising ganggu jiran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium