Padah miliki gambar bendera Daesh - pakdin.my

Azlee Md. Salleh sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2015, namun terpaksa menunda hari bahagia tersebut selepas ditahan pihak berkuasa atas tuduhan telefon bimbitnya mengandu­ngi­ gambar bendera kumpulan pengganas ISIS atau Daesh.

Pereka dalaman dari Kangar itu terpaksa menjalani hukuman penjara sembilan bulan bermula dari tarikh dia ditangkap pada Ogos 2015 selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Sebaik sahaja dibebaskan pa­da Februari 2016, perkara pertama dilakukannya adalah meneruskan majlis perkahwinan yang tertangguh sebelum itu.

Kini, Azlee, 35, hidup bahagia bersama pasangannya selain turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata berusia tiga tahun dan lapan bulan.

“Alhamdulillah, isteri saya sanggup bersabar dan menunggu ketika saya dipenjara sebelum ini. Walaupun perkahwinan terpaksa ditangguh berikutan kejadian itu, dia tidak berubah hati. Kami hidup bahagia. Saya sudah melupakan kisah silam dan memulakan hidup baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengimbau kembali peristiwa tersebut, Azlee berkata, dia ditahan di rumahnya di Taman Ira di sini pada bulan Ogos tahun berkenaan selepas dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas terbabit.

Dia kemudian direman selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diikuti penjara dua bulan sementara me­nunggu prosiding mahkamah pada Novomber.

Apabila dijatuhi hukuman, dia menamatkan baki hukuman itu di penjara Kajang, Selangor serta Tapah, Perak.

Azlee mendakwa, dia tidak mempu­nyai niat atau ideologi berkaitan kumpula­n itu sebaliknya hanya mempunyai kawan dipercayai berfahaman tersebut.

“Saya disyaki kerana mempunyai rangkaian bersama kawan terlibat dengan fahaman Daesh. Mereka juga ditahan dan menjalani hukuman,” katanya. – UTUSAN

Rujukan:

UTAMABERITAPadah miliki gambar bendera Daesh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium