Padan muka! : “Kami Menyesal Undi Pakatan Harapan” – Pemandu Teksi [Video]

VIRAL! Sebuah clips video menunjukkan sekumpulan kira-kira 500 pemandu teksi dari kumpulan pemandu teksi seluruh negara berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengangkutan enggan bersurai selepas desakan untuk bertemu dengan menterinya, Anthony Loke gagal dibuat.

Antara yang dibangkitkan oleh kumpulan pemandu teksi berkenaan adalah kegagalan kerajaan PH menyelesaikan masalah ketidak adilan yang mereka hadapi selepas terpaksa bersaing dengan pemandu-pemandu E-hailing seperti Grab, MyCar dan sebagainya.

Kedengaran juga mereka melaung-laungkan “Anthony Loke Letak Jawatan” dan mendesak supaya perkhidmatan E-Hailing dihapuskan.

Pada pilihanraya ke 14 yang lalu Syarikat teksi premium di ibu negara menyeru pemandu teksi di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei.

Penasihat Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau turut menggesa pemandu teksi supaya bangkit dan memangkah HARAPAN.

“Kita dah bersiap sedia, semua pemandu teksi di seluruh Malaysia bersedia, akan memangkah HARAPAN” Katanya Seperti dilapor MalaysiaKini.

Dilaporkan kira-kira 2,000 pemandu teksi berkumpul di perkarangan pintu masuk Pejabat Perdana Menteri dari jam 8.00 pagi berjaya dikawal oleh pihak Polis bertugas dari berlakunya situasi yang tidak diingini.

Namun tindakan kumpulan pemandu teksi yang menjadi viral di media sosial hari ini mengundang pelbagai respon daripada netizen.

“Haa, itu lah dulu bukan main lagi pangkah PH kan, sekarang rasakan, padan la muka korang” kata Sedara Izuan Isha

“Masa zaman BN ada macam-macam skim bantuan diberi, tapi u all tetap tak sokong juga, sekarang nak kata apa lagi?” kata Sedari Rohani

Turut memberi respon adalah Dato’ Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO Malaysia menzahirkan rasa simpati beliau kepada mereka

“Bertabahlah abang-abang teksi semua, kerajaan hari ini sibuk dengan hal-hal lain..Kita pastikan PH #KerajaanSepenggal ya!”

https://pakdin.my/tag/pemandu-teksi

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/4SsbRTb7L8M

Loading...

55 KOMEN

  1. Undi BN pun … BN tetap akan membenarkan perkembangan sistem pengangkutan awam melalui E-hailing … namun Pemandu Teksi tetap dibantu untuk menghadapi cabaran untuk BERUBAH!!!!

  2. Bukan ke sejak PHDAP memerintah pendapatan pemandu teksi meningkat berkali-kali ganda jika dibandingkan semasa BN memerintah. Sebelum ini pemandu2 teksi begitu lantang menentang serta menuduh DSNR merompak duit kamu semua melalui Grab yg dikatakan milik Datin Rosmah. Berbagai kata nista dilemparkan pada DSNR Dan menuduh kerajaan BN menindas pemandu2 teksi.

  3. Tu maknanya umpan mereka menjadi… rasakan umpan berbisa, tu lah lain kali nk makan umpan tu tengok dulu, jgn main makan je.
    Sekrg menyesal tk sudah… Jgn mudah sngt trmakan janji2 manis, sebb janji2 manis tu biasanya ada udang disebalik batu.

  4. Alololo sian nya menyesal … dulu kaw kaw kata kerajaan bn zalim bagai. Apa pun saba je la, cuma.jgn nanti kera jaan DAP tabur dedak sikit korang kembali cakap kerajaan bn dulu zalim …. paham tak?

  5. Celeka punyai menteri menteri semua benda depa kacau habis depa da la gaji puluh ribu malah ada yang tak berpelajaran dan kurang pengalaman malah sekarang depa dapat pangkat dan gaji tinggi sebab Rakyat tapi depa kacau habis periuk nasi and Rakyat sial punyai kabinet akan turun balance jika masih terus dgn Cara ini

  6. Hahaha kesianya. Percaya sangat dgn minifesto ph. Padam muka dulu dsn buat itu buat ini kau tk bersyukur. Nk lebih lgi. Skrg mcmana huhuhu. Menyesal pn dah tk guna. Tungu la 4 tahun lgi.

  7. Tepuk amai amai
    Belalang kupu kupu
    Tepuk ramai-ramai
    Semua Kena tipu

    Susu lemak Manis
    Santana kelapa muda
    Dengar janji Manis
    Semua hilang kerja

Comments are closed.