Padan muka! : “Kami Menyesal Undi Pakatan Harapan” – Pemandu Teksi [Video] - pakdin.my

VIRAL! Sebuah clips video menunjukkan sekumpulan kira-kira 500 pemandu teksi dari kumpulan pemandu teksi seluruh negara berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengangkutan enggan bersurai selepas desakan untuk bertemu dengan menterinya, Anthony Loke gagal dibuat.

Antara yang dibangkitkan oleh kumpulan pemandu teksi berkenaan adalah kegagalan kerajaan PH menyelesaikan masalah ketidak adilan yang mereka hadapi selepas terpaksa bersaing dengan pemandu-pemandu E-hailing seperti Grab, MyCar dan sebagainya.

Kedengaran juga mereka melaung-laungkan “Anthony Loke Letak Jawatan” dan mendesak supaya perkhidmatan E-Hailing dihapuskan.

Pada pilihanraya ke 14 yang lalu Syarikat teksi premium di ibu negara menyeru pemandu teksi di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei.

Penasihat Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau turut menggesa pemandu teksi supaya bangkit dan memangkah HARAPAN.

“Kita dah bersiap sedia, semua pemandu teksi di seluruh Malaysia bersedia, akan memangkah HARAPAN” Katanya Seperti dilapor MalaysiaKini.

Dilaporkan kira-kira 2,000 pemandu teksi berkumpul di perkarangan pintu masuk Pejabat Perdana Menteri dari jam 8.00 pagi berjaya dikawal oleh pihak Polis bertugas dari berlakunya situasi yang tidak diingini.

Namun tindakan kumpulan pemandu teksi yang menjadi viral di media sosial hari ini mengundang pelbagai respon daripada netizen.

“Haa, itu lah dulu bukan main lagi pangkah PH kan, sekarang rasakan, padan la muka korang” kata Sedara Izuan Isha

“Masa zaman BN ada macam-macam skim bantuan diberi, tapi u all tetap tak sokong juga, sekarang nak kata apa lagi?” kata Sedari Rohani

Turut memberi respon adalah Dato’ Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO Malaysia menzahirkan rasa simpati beliau kepada mereka

“Bertabahlah abang-abang teksi semua, kerajaan hari ini sibuk dengan hal-hal lain..Kita pastikan PH #KerajaanSepenggal ya!”

https://pakdin.my/tag/pemandu-teksi

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/4SsbRTb7L8M

UTAMABERITAPadan muka! : “Kami Menyesal Undi Pakatan Harapan" - Pemandu Teksi 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium