Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Global

All countries
231,103,410
Confirmed
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
All countries
206,066,851
Recovered
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm
All countries
4,736,136
Deaths
Updated on September 23, 2021 16:02 4:02 pm

Paderi Andrew Perlu Hormat Mahkamah – Tun M

mahathir-kalimah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pengarang majalah mingguan Katolik ‘The Herald’, Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

“Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?” soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Andrew pada 27 Disember lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

gereja-selangor-berkeras-guna-kalimah-Allah

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Andrew menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata tidak timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

“Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah,” katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: “Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan).”

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji

Berkaitan