Pagar sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis dirempuh penyeludup (video) - pakdin.my

pagar-sempadan-malaysia-padang-besar-dirempoh

Pagar sempadan Malaysia berhampiran pusat pemeriksaan Imigresen Malaysia, di Padang Besar, Perlis dirempuh menggunakan lori jenis pick up oleh dua lelaki, awal pagi tadi.

Kebocoran pada pagar menyebabkan kedua-dua penyeludup itu meloloskan diri.

Namun barang yang cuba diseludup ke negara jiran, iaitu rokok dan arak, gagal dibawa bersama.

Komandan Pasukan Gerak Am Padang Besar, Inspektor Jay Saimon, berkata kejadian berlaku jam 3.10 pagi tadi.

Menyedari kehadiran anggota PGA kedua-dua lelaki melarikan diri ke pintu sempadan negara jiran.

Hasil siasatan ke atas kenderaan yang ditinggalkan, polis menemui 20 bungkusan plastik hitam yang mengandungi beberapa karton rokok dan arak.

Kerja membaiki pagar yang rosak dijangka mengambil masa empat hari.

Bagaimanapun kejadian pagi tadi tidak menjejaskan operasi kawalan keselamatan di sempadan.

 

 

UTAMABERITAPagar sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis dirempuh penyeludup (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium