Sunday - August 1, 2021 @ 08:12
BERITANASIONALPairin Optimis BN Bentuk Kerajaan Selepas PRU-13

Pairin Optimis BN Bentuk Kerajaan Selepas PRU-13

pairin-najibTAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan optimis Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Justeru itu, Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengajak rakyat Sabahsupaya bersatu dan seterusnya memberi kemenangan besar kepada BN.

Beliau turut meminta semua anggota parti komponen BN supaya berusaha keras bagi memastikan BN mencapai kemenangan dengan cemerlang.

“Rakyat Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan selepas PRU ke-13. Kita harus memperkuatkan lagi azam dan yakin dengan perjuangan kita bagi memastikan BN terus memerintah negara ini,” katanya.

Pairin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tambunan, berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan seminar Jentera Pilihanraya BN Tambunan di Tambunan Resort, dekat sini, Khamis.

Turut hadir setiausaha BN Parlimen Keningau, yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here