Pak Kadir lebih tahu siapa yang sebenar meruntuhkan perniagaan UMNO, Fleet Holding

Berkaitan

Terkini

Semalam Pak Kadir Jasin cuba menyerang DS Najib dalam isu MRCB dan Fleet Holdings. Saya tak minat isu MRCB, tetapi saya sangat minat isu Fleet Holding memandangkan Pak Kadir tuduh ia bukti bapa (Tun Razak) bina dan anak (DS Najib) runtuhkan [1]

Apabenda Fleet Holdings?.

Fleet Holdings sebenarnya brainchild Tun Razak bersama Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu Bendahari UMNO). Ia ditubuhkan pada tahun 1972 bagi mengambil alih pegangan media tempatan daripada tangan pihak asing

Fleet Holdings dimodalkan dengan wang peribadi Tengku Razaleigh sendiri. Ia mula menguasai NSTP dan memasuki bidang perbankan dan insurans tidak lama selepas itu.

Pada tahun 1983/1984, Tengku Razaleigh telah menyerahkan kawalan Fleet Holdings kepada Bendahari UMNO yang baru – Tun Daim Zainuddin.

Ketika itu, Fleet Holdings mempunyai nilai RM500 juta dengan tanggungan hutang RM56 juta.

Dalam masa 4 tahun sahaja, prestasi Fleet Holdings merosot sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM448 juta dan bermasalah untuk membayar ansuran kepada pihak bank.

Bagaimana ia boleh berlaku?

1. Ia bermula apabila Fleet Holdings diarahkan untuk membeli sebuah syarikat bernama Faber Merlin dengan harga RM3 sesaham. Ahli MT UMNO dimaklumkan bahawa harga ini sebenarnya terlalu tinggi dan dibeli daripada pegangan ahli-ahli politik yang rapat dengan PM ke 4. Kesannya, kelompok ini memperoleh keuntungan sekitar RM50 juta daripada transaksi tersebut.

2. Faber Merlin kemudiannya diarahkan pula untuk membeli sebidang tanah di Taman Bukit Maluri pada harga RM86 juta. Tanah ini adalah milik Tun Daim yang dibeli daripada Syarikat Permodalan Kebangsaan (SPK) pada harga RM16 juta.

Berapa untung segera Tun Daim ketika itu?

3. Fleet Holdings juga diarahkan bagi membeli sebuah syarikat bernama DAZA Sdn Bhd. DAZA adalah pemilik 25% pegangan NST Singapura yang diperolehi melalui pinjaman RM58 juta daripada sebuah bank asing.

Asalnya, Faber Merlin diarahkan untuk membeli saham tersebut dengan harga RM136 juta. Tetapi disebabkan Faber Merlin hanya mampu membayar RM34 juta, hanya sebahagian saham NST yang dipindahkan.

Oleh itu, Fleet Holdings telah diarahkan untuk membeli DAZA pada harga RM1 juta dan terpaksa menanggung RM120 juta hutang DAZA sedia ada.

4. Faber Merlin kemudiannya diarahkan lagi untuk membeli Subang View Hotel pada harga RM56 juta. Sedangkan kos pembinaan hotel tersebut hanyalah RM26 juta.

Ini adalah punca bagaimana sebuah syarikat yang sepatutnya boleh secara konsisten memberi dana kepada UMNO akhirnya bertukar menjadi liabiliti kepada parti.

Semua ini tertulis di dalam satu surat oleh Hajah Marina Yusoff (ahli MT UMNO) kepada Presiden parti pada tahun 1987 [2]

Soalannya, siapa yang bina dan siapa pula yang meruntuhkan Fleet Holdings ni Pak Kadir?

Kita minta bekas Tokey MRCB jawab.

Rujukan:

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221849192155014&id=1114194475

Posting telah di padam oleh Kadir Jasin https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157184429865952/

[2] Semangat UMNO Hancur?, Abdul Rahim Kassim, AZ Distributors, 1988, ms 7 – 10

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Leave a Reply