Pakai baju Melayu berseluar hitam, Salahuddin terima surat dari Istana Johor - pakdin.my

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerima surat daripada Jemaah Majlis Diraja Johor kerana mengenakan baju Melayu cekak musang dan berseluar hitam.

Surat berkaitan peraturan pakaian Johor diterima Datuk Salahuddin Ayub pada Khamis lalu ekoran busananya ketika majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Surat berkaitan peraturan pakaian Johor diterima Datuk Salahuddin Ayub pada Khamis lalu ekoran busananya ketika majlis Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menerima surat daripada Jemaah Majlis Diraja Johor berkenaan peraturan pakaian negeri itu.

Ia selepas gambarnya memakai baju Melayu cekak musang dan seluar hitam ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini tersebar di media sosial.

Sumber dalam kementerian itu mengesahkan Salahuddin menerima surat tersebut pada 20 Jun lalu.

Surat itu bertarikh 9 Jun 2019 dan ditandatangani Yang Dipertua Jemaah Majlis Diraja Johor Abdul Rahim Ramli.

“Adalah saya dengan hormatnya melampirkan bersama ini sesalinan Percanangan Dalam Bil: 2/2019 bertarikh 2 Jun 2019 berkenaan peraturan pakaian Johor.

“Jumaah Majlis Diraja berharap Yang Berhormat Dato’ sebagai anak Johor, mengambil perhatian kepada peraturan tersebut, seterusnya memelihara dan memartabatkan budaya Johor,” kata Abdul Rahim.

Kecoh di media sosial pada lebaran 5 Jun lalu apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur fesyen baju Melayu teluk belanga dan berseluar hiram sebagai pakaian tradisi keluarga diraja Johor.

Tunku Ismail di Instagram turut menggunakan kiasan “helang dan pipit terbang tak sama tinggi”, dipercayai merujuk jurang darjat antara keturunan raja dan rakyat jelata.

UTAMABERITAPakai baju Melayu berseluar hitam, Salahuddin terima surat dari Istana Johor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium