Sunday - July 25, 2021 @ 08:35
BERITANASIONALPakar ICT Azli Paat Meninggal Dunia

Pakar ICT Azli Paat Meninggal Dunia

azli paatKUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of the Best’ APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi.

Azli, pakar dalam bidang teknoloji maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas
terakhir di rumah mereka, kira-kira 7 malam.

Katanya, bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan
rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 anak iaitu enam lelaki dan
empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi ini.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang
awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.

Berkaitan:

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here