26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Pakatan Akan Siasat Semula Skandal Forex RM30 Bilion Sekiranya Berjaya Menawan Putrajaya – Lim Kit Siang, Ketua Umum Pakatan

Tengok tarikh sebelum meroyan

Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

“Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992…,” katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

“Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment),” kata Lim

20170217-pakatan-akan-siasat-forex

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan