Pakatan Harapan tidak berani menamakan calon PM sebelum PRU-14 kerana takut sabotaj dalaman – Mahathir - pakdin.my

Mahathir memberitahu media Australia:
“Kami tidak bercakap tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, kerana ia akan memecah-belahkan.
Sebaik sahaja anda menamakan Perdana Menteri ia akan menyebabkan banyak orang tidak berpuas hati dan akan mensabotaj pakatan pembangkang baru.
Jadi adalah lebih baik bagi kita untuk menamakan Perdana Menteri jika kita menang. Ia menjadi tidak relevan untuk menamakan Perdana Menteri sekarang dan kemudian kita kalah,” kata beliau sambil menambah bahawa pihak Pakatan Harapan bersetuju bahawa gabungan itu tidak akan menamakan pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum.”
Jadi, apa jaminan bahawa Pakatan Harapan tidak akan hancur jika mereka menang PRU-14 dan memilih Perdana Menteri?
Mahathir bermaksud Pakatan Harapan boleh hancur sebelum PRU14 jika seorang calon PM dinamakan tetapi tidak boleh hancur selepas PRU14 jika seorang calon PM dinamakan?
Bukankah mereka tidak puas hati sama juga akan mensabotaj Pakatan Harapan dan menyebabkan ia hancur seperti Pakatan Rakyat sebelum ini?
Pendedahan Mahathir hari ini  bahawa mereka tidak berani menamakan calon Perdana Menteri kerana takut sabotaj dalaman sangat tidak  menjamin kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil yang tidak akan hancur berdasarkan rekod mereka sebelum ini.
Ini adalah seperti seseorang yang berkahwin tetapi tidak tahu siapa yang akan berkahwin dengannya.
LSS
UTAMAPOLITIKPakatan Harapan tidak berani menamakan calon PM sebelum PRU-14 kerana takut sabotaj...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium