Keadaan pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang dikuasai PKR semakin berkecamuk dan kelam kabut.
Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi sedang bertelagah kerana bercanggah pendapat.
Abdul Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sering bergaduh besar dalam bilik mesyuarat mahu pun pertemuan empat mata.
Malah insiden maki hamun dan jerit menjerit dan tumbuk meja apabila mereka berdua bermesyuarat sudah menjadi perkara lumrah dan diketahui umum.
Asas perselisihan faham ialah kerana Menteri Besar tidak mahu mengikut telunjuk Anwar dan mahu mentadbir negeri ikut cara ala korporat yang dipelajarinya semasa menerajui Kumpulan Guthrie dan PNB.
Malah ramai daripada kroni-kroninya yang sudah bersara diambil bekerja dan ditempatkan di jawatan-jawatan besar dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Malah dengar khabar ‘ex-girlfriend’ Khalid pun diambil bekerja dipejabat Menteri Besar walaupun sudah lanjut usia (ini satu lagi cerita menarik!).
Khalid tidak mahu mendengar cakap Anwar yang meminta beliau menyalurkan dana untuk membantu aktiviti parti.
Kerajaan lain dan parti lain kata Khalid, tetapi mahu tidak mahu dia terpaksa juga beri peruntukan, umpamanya bagi penubuhan Pikom, satu kumpulan dianggotai aktivis parti yang ditugaskan menyebarkan maklumat mengenai program serta dasar Pakatan Rakyat.
Pikom dikawal oleh Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor dan semua petugas kumpulan itu adalah daripada lantikannya.
Berjuta ringgit peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan namun Pikom gagal berfungsi seperti diharapkan.
Menteri Besar amat marah kepada Azmin apabila mendapat tahu Timbalan Presiden PKR itu menyalahguna dana Pikom untuk tujuan kempennya sesama pemilihan parti dua tahun lalu.
Maklumat dalaman seperti ini membuktikan sikap hipokrit dan talam dua muka pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat.
Apabila berceramah kepada rakyat terutamanya kepada masyarakat kampung dan luar bandar, merekalah jaguh melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa, telus dan adil, tetapi hakikat adalah sebaliknya.
Masing-masing sibuk mengumpul harta dan mengaut kekayaan sebanyak mungkin.
Setelah Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Nazak mengumumkan kejayaan besar program transformasinya, GTP, Pakatan Rakyat Selangor mula gusar dan bimbang.
Ini kerana Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia terus mampu membela rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara berbanding pembangkang yang hanya pandai bercakap dan menabur janji.
Bermula dari Menteri Besar, Exco, wakil rakyat, ahli majlis termasuk juga pegawai-pegawai di pejabat Menteri Besar dan SUK, semuanya sedang sibuk ‘buat duit’.
Mereka tahu nyawa politik mereka hanya tinggal beberapa hari lagi.
Sebab itu suasana sana politik Pakatan Rakyat Selangor kini sudah lesu dan tidak bermaya.
Unit media dan komunikasi yang ditubuhkan di bawah sebuah anak syarikat bernama CCSB yang mengendalikan TV Selangor dan menerbitkan akhbar mingguan Selangorkini sudah pun tinggal nyawa ikan dan operasi hampir lumpur.
Ini bermakna jutaan ringgit dana awam telah dibazirkan begitu sahaja dan malah dengar khabar banyak yang masuk ke dalam poket pemimpin PKR dan pihak pengurusan!
Mereka tidak lagi berminat untuk membela nasib rakyat mahu pun membangunkan negeri, malah tidak lagi berdaya untuk mempertahankan benteng politik dalam menghadapi kekuatan BN.
Seperti seorang yang sedang nazak, Pakatan Rakyat Selangor hanya menunggu masa sahaja tamatnya hayat politik mereka menjelang PRU ke-13.
FITNAH akan selalu berlaku dan disebarkan oleh orang2 yang kerjanya yang telah diupah didunia selagi tidak faham islam dan berpolitik sekular !isu liwat telah terbukti fitnah jahat UMNO kerana kuasa politik..sanggup fitnah sesama melayu islam yang hasad dengki…..melayu tak faham 54 tahun dah…merdeka masih fahaman sekular……sudahlah jangan tambah banyak dosa….rujukan sebenar kitab AL-QURAN
To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law. We may be convinced in our minds of the guilt or innocence of the appellants but our decision must only be based on the evidence adduced and nothing else. – Sept 2, 2004.
http://pakdin.my/?p=535…/
.
http://www.kehakiman.gov.my/judgment/fc/archive/05-6-2003(W)dato%20hamid.htm….
Rujuk AlQuran dengan fikiran terbuka mengenai sumpah ini.. bukan dngan ketaksuban kepadaseseorang pemimpin.
http://youtu.be/asSxyjI4-5A…
Hahahahahaha PKR bukan politik sekular kata Tian Chua dan Sivarasa..
FITNAH akan selalu berlaku dan disebarkan oleh orang2 yang kerjanya yang telah diupah didunia selagi tidak faham islam dan berpolitik sekular !isu liwat telah terbukti fitnah jahat UMNO kerana kuasa politik..sanggup fitnah sesama melayu islam yang hasad dengki…..melayu tak faham 54 tahun dah…merdeka masih fahaman sekular……sudahlah jangan tambah banyak dosa….rujukan sebenar kitab AL-QURAN