30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Pakatan Rakyat Baruakan Kaum India – Demo Nak Tutup Isu Roboh Kuil

demo jpnDemonstrasi Duduk Bantah Tuntut Kerakyatan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang pada 12 Disember 2012 yang lepas di Putrajaya bolehlah dianggap sebagai antara siri demonstrasi yang paling kelakar dalam sejarah tanahair.

Mana tidak kelakarnya bila hanya sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang menyertainya, satu angka yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding dakwaan propaganda mereka sebelum ini yang mengatakan ada 300,000 orang dari kalangan masyarakat India yang tiada kad pengenalan.

Berminggu-minggu para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggembar-gemburkan angka tersebut dalam usaha mereka membangkitkan sentimen perkauman dikalangan masyarakat India, alih-alih bila diminta tunjukkan bukti satu apa pun tiada.

Bila tiba hari berdemo, yang datang sudahlah kecil sahaja jumlahnya, ramai pula dari kalangan peserta diumpan dengan sogokan wang ringgit dan diangkut pula dengan bas demi untuk meramaikan orang.

Ahli dan penyokong PKR dari keturunan India yang sememangnya rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan juga dikerah sama hadir, manakala anggota Unit Amal PAS yang sekian lama terkenal sebagai balaci pula turut menjadi tukang nasi tambah.

Lebih mengharu-birukan lagi, ada diantara peserta demonstrasi itu pula adalah warganegara India yang terpedaya dengan janji pemimpin-pemimpin PKR kononnya dengan menyertai demonstrasi itu mereka akan mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Hakikatnya dakwaan pembangkang hanyalah temberang sahaja. Tidak wujud pun masalah kerakyatan melibatkan 300,000 orang rakyat negara ini yang berketurunan India.

stateless indian kononnyaSebaliknya hanya kira-kira 9,000 orang sahaja yang menghadapi masalah berhubung status kerakyatan dan ketiadaan kad pengenalan. Sebahagian besar kes tersebut telahpun diselesaikan.

Majoriti kaum India sedar tika ini PR khususnya PKR sedang berusaha pelbagai cara untuk menarik semula sokongan pengundi dari kaum itu selepas berlakunya kemerosotan yang mendadak sejak lebih dua tahun lalu.

Peristiwa kezaliman pemerintahan DAP-PR di Penang terhadap penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala serta kegagalan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menunaikan janji membantu penduduk teraniaya itu sehingga sekarang kekal dalam ingatan masyarakat India.

Demikian juga tindakan zalim tidak bertamadun Kerajaan PKR Selangor merobohkan sekurang-kurangnya 7 buah kuil serta beberapa altar penganut Hindu tanpa melalui saluran yang betul juga semakin menambah kebencian kaum India terhadap PR.

Berbanding di zaman BN sebelum ini, kerja-kerja perobohan kuil hanya dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah kemudian diganti pula dengan tapak yang baru. Namun bila tiba zaman PR memerintah, segala kuil dan altar Hindu dirobohkan bukan sahaja tanpa melalui langkah perundangan malah tapak gantian juga tidak disediakan.

Dan isu kad pengenalan yang dicetuskan oleh Naib Presiden PKR, N. Surendran beserta angka 300,000 yang dipropagandakan itu realitinya hanyalah salah satu daripada usaha jahat pembangkang untuk memesongkan pandangan masyarakat India.

PR mungkin merasakan dengan adanya demonstrasi ini bakal menaikkan semula imejnya dikalangan pengundi kaum India, namun hakikatnya majoriti masyarakat itu tidak pun termakan dengan propaganda sedemikian, sebaliknya tindakan PR itu lebih dilihat seperti cuba membaruakan masyarakat kaum itu sahaja.

stateless indian kononnn
Taktik mengumpulkan orang

Berita Berkaitan

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di-...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan