Pakatan Rakyat Bukannya Parti Berdaftar – @Khalid_Ibrahim

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

pakatan-rakyat

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

“Kerajaan negeri pimpinan saya selaku menteri besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi exco daripada PKR.

“Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada…Umno pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, Rabu.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Khalid sebagai menteri besar.

Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Khalid semalam memecat kelima-lima anggota exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, EanYong Hian Wah dan V Ganabatirau daripada DAP.

Katanya, sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara.

BACA juga:

Leave a Reply