Pakatan Rakyat mahu Wan Azizah sahaja MB – Anwar #pakdin.my

sidang-media-pr-mau-azizah

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Subang Jaya petang Ahad kata, hanya nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Anwar kata demikian selepas mesyuarat panjang dengan DAP dan PKR.

Pemimpin PAS yang turut menyertai sidang media itu adalah Muhamad Sabu dan Salahuddin Ayub.

BERIKUT DI SIARKAN SEPENUHNYA KENYATAAN MEDIA YANG DIBACA OLEH ANWAR

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

Berkaitan