24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Pakatan Rakyat Mungkin Berpecah Kerana Hudud – Kit Siang

anwar-kit-siang-ipoh-timor

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah jika hudud menjadi satu isu besar.

“Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif,” katanya di sini, Ahad.

Barisan Alternatif adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.

Beliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksepafahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja.

“Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu,” katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Cadangan itu mendapat bantahan DAP, sama seperti komponen BN lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...