Pakatan Rakyat Telah Mati: Selepas Kuli, Boss Pula Bersuara - pakdin.my

Tidak hairanlah Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution bercanggah dengan Timbalan Presiden dan MB Selangor Azmin dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah mati di Selangor manakala Azmin berkata ia masih hidup.

Bos Saifuddin Nasution, Lim Guan Eng kemudian “mengingatkan” Azmin perkara yang sama – bahawa Pakatan Rakyat telah mati.

********

Pakatan Rakyat tak wujud lagi, Guan Eng ingatkan Azmin

Lim Guan Eng mengingatkan Datuk Seri Azmin Ali yang Pakatan Rakyat (PR) tidak wujud lagi.

Setiausaha agung DAP itu berkata demikian berikutan kenyataan Azmin hari ini yang PR masih wujud kerana ia adalah “mandat rakyat”.

Timbalan presiden PKR itu menjawab soalan pemimpin Amanah Selangor yang mahu beliau berhenti memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan Pulau Pinang dipimpin Pakatan Harapan. Kami semua sebahagian daripada PH di peringkat nasional dan tiada lagi Pakatan Rakyat; itu sebabnya ada PH,” kata Lim pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini.

PR yang ditubuhkan pada 2008 oleh PAS, PKR dan DAP, dibubarkan pada 2015 berikutan pertikaian mengenai isu hudud antara PAS dan DAP.

Amanah – parti serpihan PAS dan PPBM kemudiannya menyertai PH. Walaupun dibubarkan, PKR meneruskan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan Selangor.

Baru-baru ini, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mendakwa Azmin teragak-agak dalam penubuhan sekretariat PH peringkat negeri.

Izham berkata, matlamat PKR untuk pertandingan 1-lawan-1 pada pilihan raya umum ke-14 dengan mencapai persetujuan dengan PAS “tidak realistik”.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin pula menafikan dakwaan Izham dengan berkata “pertandingan 1-lawan-1” lebih baik untuk PH.

******

Rujukan:

Pakatan Rakyat tak wujud lagi, Guan Eng ingatkan Azmin – http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/06/pakatan-rakyat-tak-wujud-lagi-guan-eng-ingatkan-azmin/

Kalut – Pakatan Rakyat Hidup Dan Mati Semula Di Selangor – https://pakdin.my/kalut-pakatan-rakyat-hidup-dan-mati-semula-di-selangor/

‘BUKTI DAP BOSS DIDALAM PAKATAN’ – https://pakdin.my/bukti-dap-boss-didalam-pakatan/

LIDAH RASMI PAS BIDAS PELANTIKAN SAIFUDDIN SEBAGAI ‘DEDAK DAP’ – https://pakdin.my/lidah-rasmi-pas-bidas-pelantikan-saifuddin-sebagai-dedak-dap/

UTAMAPOLITIKPakatan Rakyat Telah Mati: Selepas Kuli, Boss Pula Bersuara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium